fbpx

Banjir kilat: Trafik sesak, perlahan di ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lalu lintas di Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur bergerak perlahan ekoran hujan lebat dan banjir kilat pada petang ini.

PETALING JAYA – Trafik kelihatan perlahan dan sesak akibat hujan lebat sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa lokasi di sekitar ibu negara.

Menerusi hantaran Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Facebook setakat pukul 5.11 petang tadi, trafik kelihatan sesak di Jalan Klang Lama/Jalan Syed Putra, Jalan Genting Klang dan Jalan Istana.

“Trafik turut dilaporkan sesak di Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sungai Besi, Jalan Tun Razak dan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban.

“Kesesakan turut berlaku di Jalan Damansara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Bulatan Dato’ Onn dan dari Ampang ke Ukay Perdana,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan tinjauan di media sosial, beberapa pengguna didapati turut memuat naik keadaan banjir kilat yang berlaku di Kota Kemuning, Shah Alam kira-kira satu jam yang lepas.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di 10 negeri di Semenanjung sehingga pukul 6 petang ini

MetMalaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, cuaca buruk di sebelah petang yang tertumpu di kebanyakan negeri Semenanjung kecuali Perlis, Kelantan, dan Johor itu berikutan fenomena penumpuan angin dari pelbagai arah di kawasan perairan Selat Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI