fbpx

19 maut, dua hilang tanah runtuh di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tanah runtuh yang melanda Tana Toraja di tengah Indonesia meratakan kediaman ramai penduduk. - BASARNAS

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 19 orang terkorban, manakala dua lagi hilang dalam bencana tanah runtuh di tengah Indonesia, kata beberapa pegawai seperti laporan saluran berita CNA kelmarin. 

Ketua agensi pengurusan bencana tempatan, Sulaiman Malia berkata, semua  mangsa terkorban dan terselamat telah dipindahkan dari lokasi kejadian.

Bencana itu menimpa sebuah kampung di daerah Tana Toraja, wilayah Sulawesi Selatan, petang Sabtu lepas.

“Pada masa ini (kelmarin), kami masih mencari mangsa lain,” kata Malia sambil menambah, masih terdapat dua individu yang dilaporkan hilang dan berkemungkinan tertimbus di bawah lapisan tanah runtuh.

“Tana Toraja dan kawasan sekitarnya kerap  dilanda hujan lebat, terutamanya sepanjang minggu lalu,” katanya.

“Hujan lebat menghakis tanah di kawasan perumahan yang terletak di lereng sebuah gunung sehingga mengakibatkan tanah runtuh berlaku,” katanya.

Pada bulan lalu, banjir kilat dan tanah runtuh di Pulau Sumatera mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa, manakala sebahagian mangsa masih hilang. 

Bencana tanah runtuh pada Disember tahun lalu, juga di Sumatera menghanyutkan berpuluh-puluh kediaman dan memusnahkan sebuah hotel berhampiran Danau  Toba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI