fbpx

[VIDEO] Jenuh lari kejar bas di Karak selepas tertinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang menunjukkan seorang pemuda sedang berlari mendapatkan bas ekspres berkenaan.

PETALING JAYA – Tular di media sosial seorang lelaki berlari beberapa meter mengejar sebuah bas ekspres di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Menerusi perkongsian DjYuyui di TikTok, lelaki itu dipercayai tertinggal bas yang dinaiki menuju ke ibu kota.

“Kena tinggal bas ke bang? 4 Syawal 1445H,” tulisnya ringkas.

Menerusi hantaran berkenaan, orang ramai tidak ketinggalan berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.

“Pernah juga tertinggal bas di R&R dulu. Terkedu kejap lepas tengok bas dah tak ada dengan tengah malam lagi,” kongsi @syafiqah.

“Kawan akak pernah kena. Orang berhenti nak pergi bagi tandas kat stesen minyak tapi dia lepak kat tandas. Kena tinggal dan kejar bas juga, nasib tak jauh,” kata @Ijazam.

“Dalam hati abang tu, tolong la sesak tak bergerak,” ujar @poksu92TPG.

Namun dalam masa sama, ada juga yang seolah-olah mempertikaikan tindakan pemandu bas berkenaan yang tidak memastikan semua penumpang cukup sebelum memulakan perjalanan.

“Dulu zaman saya naik bas pemandunya bagus-bagus. Sebelum jalan tengok dulu penumpang cukup ke tak. Nasib orang tu muda boleh kejar. Kalau org tua, entahlah,” luah @Ila. – KOSMO! ONLINE

@yuyuilover kena Tinggal Bas Ke Bang… 4Syawal 1445H #karak #ragamraya #balikkl #fyp #fypシ #fypシ゚viral ♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI