fbpx

Trafik masih perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan di Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak yang dikongsikan LLM pada pagi ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak @ E8 dilaporkan masih perlahan berikutan masih terdapat sebahagian orang ramai yang pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitiri.

Menerusi hantaran di Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia, keadaan itu berlaku dari arah barat melibatkan Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, orang ramai rata-rata mengeluh dan menyifatkan kesesakan trafik kali ini adalah luar biasa.

Malah, majoriti daripada mereka terpaksa beratur panjang dengan tempoh yang lama hanya untuk menggunakan tandas awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI