fbpx

Tidak lepas tembakan atas faktor keselamatan orang awam di KLIA – Hussein

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengetatkan kawalan keselamatan di KLIA berikutan insiden tembakan, baru-baru ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Tindakan pihak polis yang enggan melepaskan tembakan ke arah suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukanlah perkara disengajakan.

Sebaliknya menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, anggota bertugas telah mengambil pelbagai faktor termasuk situasi sekeliling yang ada ramai orang awam.

“Saya tahu ramai tanya kenapa kita tidak tembak suspek di situ tetapi kawasan itu sesak dan ada kanak-kanak,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein menambah bahawa pihak polis tidak boleh sesuka hati bertindak melepaskan tempakan ke arah penjenayah bersenjata api terutama di kawasan padat dengan orang.

“Pendekatan kita ketika itu, adalah lebih baik suspek dikeluarkan dahulu dari kawasan itu dan kita pula menyelamatkan nyawa orang awam agar situasi kembali normal,” tegasnya.

Ditanya perkembangan terbaharu kes itu, beliau memaklumkan setakat ini seramai 11 individu telah dirakamkan keterangan dan pihaknya akan memanggil beberapa saksi berada di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

Beliau namun optimis Hafizul Harawi masih lagi dipercayai berada dalam negara dan bersenjata serta mengesahkan bahawa pada ketika ini hanya ada seorang suspek yang dikenal pasti.

Hussein juga mengesahkan bahawa suspek buat masa ini dipercayai cuma bergerak solo tanpa bantuan sesiapa dan menyeru lelaki berkenaan agar segera menyerahkan dirinya.

“Keadaan pengawal peribadi mangsa yang cedera itu pula difahamkan adalah stabil tetapi belum lagi pulih sepenuhnya dan masih menerima rawatan lanjut di hospital,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI