fbpx

Syukur, lega lelaki disyaki tembak suami ditangkap – Isteri pengawal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular pengawal peribadi diiringi pasukan petugas kesihatan selepas terkena tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam.

PETALING JAYA – Isteri kepada pengawal peribadi Muhammmad Nur Hadith yang ditembak dalam kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, meluahkan rasa lega dengan tertangkapnya seorang lelaki, hari ini.

Siti Noraida Hassan, 38, berkata kejayaan tersebut sedikit sebanyak melega hatinya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa suami.

“Bersyukur dan lega. Terima kasih pada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan rakyat Malaysia yang mendoakan,” katanya kepada Kosmo!

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tangkapan lelaki tersebut yang dilakukan di Kota Bharu, Kelantan.

Katanya, lelaki berusia 38 tahun ditahan sekitar pukul 3 petang, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pengawal peribadi cedera selepas terkena tembakan dalam kejadian di KLIA Terminal 1, sekitar pukul 1.20 pagi.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI