fbpx

Remaja pandu BMW i7 maut, kereta terbakar selepas terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan dipandu remaja yang terbakar selepas terbabas di Lebuh Raya Duke, Khamis lalu.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja lelaki maut manakala teman wanita cedera ringan akibat kereta dipandunya terbabas di Kilometer 6.6, Lebuh Raya Duta–Ulu Klang (Duke), Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian pukul 2.10 pagi itu membabitkan mangsa berusia 19 tahun ketika memandu kereta jenis BMW i7.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku ekoran hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di lokasi terbabit.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pemandu motokar yang memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza Tol Air Panas.

“Setibanya di tempat kejadian telah hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan.

“Impak kemalangan tersebut menyebabkan kenderaan yang dipandu terbakar di tempat kejadian,” katanya.

Jelas beliau, teman wanitanya berusia 19 tahun mengalami retak tulang pinggul manakala pemandu terbabit disahkan maut di lokasi kejadian.

“Akibat kemalangan, pemandu mengalami kecederaan di pinggul serta terbakar di bahagian kanan badan dan disahkan maut oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI