fbpx

Pekan Kota dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekedai membersihkan premis perniagaan mereka yang terjejas dalam banjir kilat di Pekan Kota, di sini, malam tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

REMBAU – Hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi menyebabkan Pekan Kota, di sini, dilanda banjir kilat setinggi hampir setengah meter selama kira-kira dua jam sebelum surut.

Kejadian itu turut menyebabkan lebih tujuh kedai terjejas.

Seorang pekedai, Muhammad Yusri Johari, 32, berkata, kedainya yang menjual pakaian serta kasut terpakai antara premis yang dinaiki air, menyebabkannya mengalami kerugian sekitar RM500.

“Ikutkan dah lama tak banjir kilat di sini, tapi kali ni hujan terlalu lebat dan ditambah pula keadaan longkang di hadapan kedai kami yang sudah mendap dengan pasir.

“Tiga tahun lalu, kawasan ini memang selalu banjir kilat dan sebagai langkah mengelak air masuk ke dalam kedai, kami sudah pun meninggikan bahagian hadapan kedai, namun kali ini, air agak tinggi,” katanya.

Seorang lagi pekedai, Mohamad Ismail Lebai Sulaiman, 62, berkata, dia sudah enam tahun berniaga di pekan berkenaan dan aduan mengenai keadaan longkang sudah pun diketengahkan peniaga berikutan lokasi tersebut sering terjadi banjir kilat sebelum pandemik Covid-19 lagi.

“Kali ini habis banjir masuk ke dalam kedai dobi dan runcit saya. Kejadian ini agak teruk dan mujurlah ada beberapa barang yang sempat saya selamatkan, namun masih ada juga basah terkena air,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Pegawai Bomba Tinggi (PBT), Zaini Saleh berkata, air mulai naik sekitar pukul 6.15 petang dan mulai surut pada pukul 8.15 malam tadi.

“Tiada pemindahan mangsa di lokasi dan keadaan terawal. Pasukan bomba akan terus buat pemantauan dari masa ke masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI