fbpx

Lelaki terjatuh gaung cedera tulang belakang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dibantu oleh anggota bomba di lokasi dia terjatuh di R&R Bintang Hijau Sg. Rui di Gerik hari ini. - Foto JBPM

GERIK – Seorang lelaki berusia 38 tahun yang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan paip terjatuh 9 meter (m) ke dalam gaung di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bintang Hijau Sg. Rui di sini hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian tersebut pada pukul 1.12 petang tadi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik digerakkan ke lokasi insiden.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian pada pukul 1.37 petang, terdapat seorang mangsa, Mohd. Khusyairi Mat Jazan yang sedang menjalankan kerja-kerja pemasangan paip di tepi jalan terjatuh ke dalam gaung berketinggian anggaran 9m.

“Ketua operasi melaksanakan size-Up seterusnya mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja penyelamatan dengan menggunakan pengusung dan tali seterusnya membawa mangsa yang cedera naik ke bahu jalan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang melakukan kerja menyelenggara paip di tepi jalan bagi pihak kontraktor mengalami kecederaan pada tulang belakang dan diberi rawatan awal oleh petugas KKM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI