fbpx

Kes tembak di KLIA suspek bergerak solo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

SEPANG – Kes melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, semalam hanya dilakukan oleh seorang suspek sahaja.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beliau mengesahkan bahawa suspek dipercayai hanya bergerak sendiri ketika kejadian.

Katanya, pihaknya menempis dakwaan kononnya kejadian itu turut melibatkan pihak lain seperti tular di media sosial.

Petang tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tangkapan tersebut yang dilakukan di sebuah kawasan daerah itu.

“Ya, saya sahkan, satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki telah melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena seorang pengawal peribadi dalam kejadian pukul 1.20 pagi itu.

Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI