fbpx

Kanak-kanak 3 tahun maut jatuh bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

BAU – Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia tiga tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan, di sini.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Jawai Francis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian oleh Bahagian Kecemasan Hospital Bau kira-kira pukul 2.20 petang semalam.

Katanya, hasil siasatan polis, ibu mangsa memberitahu telah membawa anaknya ke tempat kerja suaminya di tapak pembinaan di Siniawan kira-kira pukul 8.30 pagi.

“Bagaimanapun, ibu mangsa tidak menyedari anaknya terjatuh semasa membantu suaminya bekerja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jawai berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Bau dan jenazah telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

Beliau menambah, siasatan awal dilakukan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut berhubung kes itu akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian mangsa.

Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI