JAKARTA – Anak perempuan mantan ketua masyarakat di Purwakarta, wilayah Jawa Barat diberikan mas kahwin berupa emas palsu oleh suaminya semasa majlis pernikahan mereka, lapor laman berita Gelora.Co hari ini.
Wanita dikenali sebagai Syifa itu berkata, dia mahu menuntut cerai dengan suaminya setelah mengetahui cincin dan rantai emas yang diberikan kepadanya adalah palsu.
Dalam majlis perkahwinan baru-baru ini, bekas Ketua Daerah Purwakarta, Dedi Mulyadi turut berada di majlis pernikahan mereka berdua.
Bapa Syifa yang meninggal dunia pada 3 Mac lalu juga pernah mengadu kepada mentua anaknya itu mengenai pemberian emas palsu tersebut, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.
Isu pemberian emas palsu itu masih belum berjaya diselesaikan sehingga kini. Walaupun bapanya telah meninggal dunia.
Kisah tersebut kini menjadi tular di media sosial selepas dimuat naik di platform TikTok. – AGENSI