fbpx

EPL: Aston Villa puas lebur ego Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Arsenal jelas kecewa apabila gagal meraih keputusan positif selepas tewas kepada Aston Villa awal pagi tadi. - Foto oleh AFP

LONDON – Pengurus Aston Villa, Unai Emery mengakui sangat gembira apabila dapat melunaskan ‘dendam’ ke atas Arsenal apabila menewaskan bekas pasukannya di gelanggang keramat, Stadium Emirates 2-0 awal pagi tadi.

Keputusan yang diraih itu menyaksikan Villa kini menjadi kelab tunggal Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berjaya merekodkan dua kemenangan berturut-turut ke atas The Gunners sekali gus mengukuhkan kedudukan empat teratas ketika ini.

Menurut Emery, kemenangan dilakar oleh pasukannya cukup manis untuk dikenang kerana bukan mudah untuk menewaskan Arsenal yang cukup konsisten apabila tidak ditewaskan di peringkat EPL sejak awal Januari lalu.

“Keputusan ini bukanlah mengenai (misi) saya, sebaliknya buat Villa. Kita sekarang meraih 63 mata dan semakin hampir menjadi salah satu empat kelab terbaik dalam kancah EPL.

“Secara jujur, ini bukanlah perlawanan yang mudah kerana Arsenal mengharungi musim yang cukup baik, tetapi pujian wajar diberikan kepada barisan pemain yang fokus sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya.

Dua gol Villa dalam perlawanan itu diperoleh menerusi jaringan Leon Bailey dan Ollie Watkins. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI