fbpx

Din-Fei gagal tamat kemarau 17 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE FEI (kiri) dan Izzuddin tetap berbangga apabila muncul naib juara Asia. - AFP

IMPIAN Malaysia untuk menyaksikan wakil beregu lelaki negara berdiri di atas podium sebagai juara Asia tidak kesampaian selepas pasangan No. 19 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tumbang di pentas final Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024.

Biarpun sudah memberikan segala-galanya di atas gelanggang, namun ia masih belum cukup buat beregu keempat negara itu apabila tewas 17-21, 21-15, 10-21 kepada pasangan tuan rumah di ranking ketiga dunia, Liang Weikeng-Wang Chang pada perlawanan akhir di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China semalam.

Kegagalan itu menyaksikan penantian 17 tahun Malaysia bagi acara beregu lelaki terus berpanjangan selepas kali terakhir pasangan legenda, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah memenangi kejohanan berprestij Asia tersebut selama dua edisi berturut-turut pada 2006 dan 2007.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Sze Fei dan Nur Izzuddin kerana beberapa kali mencipta kejutan sepanjang kejohanan termasuk menewaskan pemenang emas Sukan Olimpik 2020 dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-lin di suku akhir dan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik di separuh akhir.

Kejayaan muncul naib juara Asia itu membolehkan Sze Fei-Izzuddin yang pernah menghuni ranking kesembilan dunia pada November 2022, meraih wang kemenangan berjumlah AS$15,750 (RM75,132).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI