fbpx

Siapa tak mahu suami handsome? – Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mawar memilih warna tema forest green pada Syawal tahun ini.

Sopan santun dan ayu bertudung. Itu antara keistimewaan yang dimiliki Mawar Latisha, gadis yang menghiasi kolum Pesona Ahad minggu ini.

Dek kerana kecantikan yang dimiliki, maka tidak hairanlah pada usia 22 tahun, gadis yang mesra disapa Mawar itu berjaya menempatkan diri dalam dunia peragaan sebagai model sambilan untuk pakaian dan tudung.

Sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini, Mawar memilih warna forest green sebagai tema pakaian raya berbanding merah bata yang dikatakan menjadi warna trend pada Syawal tahun ini.

Kepada Kosmo! Ahad, anak sulung daripada empat adik-beradik itu berkongsi mengenai kisah hidup serta perancangan masa depannya.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai diri Mawar?
Mawar: Saya merupakan pelajar Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Komunikasi Media) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya sebenar­nya seorang yang peramah jika berjumpa dengan orang yang ‘sekepala’. Ramai yang kata saya sombong, tetapi itu hanya first impression mereka. Lepas bertegur sapa, baru mereka tahu Mawar banyak bercakap.

Apa perancangan Mawar pada hari raya tahun ini?
Pada tahun ini, Mawar sambut Aidilfitri secara sederhana. Pada hari raya ini Mawar menggunakan masa untuk ‘cas’ semu­la tenaga. Mawar akan berehat secukupnya dan menghabiskan masa bersama keluarga. Sejujurnya Mawar merindui bulan Ramadan. Rasa sebak pula apabila bulan mulia itu sudah mening­galkan kita.

Apa yang membuatkan Mawar merindui bulan Ramadan?
Saya rindukan ketenangan. Pada bulan puasa, Mawar tidak mengambil terlalu banyak kerja modelling supaya dapat fokus kepada diri sendiri dan mendekatkan diri dengan Tuhan serta keluarga. Ramadan setahun sekali jadi kita tidak tahu sama ada akan ‘berjodoh’ ataupun tidak dengan bulan yang sama pada tahun hadapan.

Boleh kongsikan tips kecantikan Mawar?
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah kesihatan kulit. Cari produk yang sesuai dengan keadaan kulit. Penjagaan asas adalah penting supaya wajah kita kekal sihat dan glowing. Selepas itu, baru fikir tentang solekan. Kalau base sihat, barulah solekan nampak cantik.

Apa perancangan masa hadapan Mawar?
Tidak dinafikan, bukan selamanya Mawar boleh bergelar model. Pada masa hadapan, jika ada rezeki Mawar bercadang mahu menu­buhkan bisnes sendiri. Mungkin akan jual pakaian dengan label jenama sendiri atau alat solekan. Kita tunggu dan lihat.

Ciri-ciri jejaka idaman Mawar?
Kalau boleh, sudah tentu Mawar mahukan lelaki yang kacak, lagipun siapa yang tidak mahu suami handsome persis artis ter­kenal? Tetapi ja­ngan lupa, walau kacak sekali pun si dia mesti bertanggungjawab dan boleh bim­bing saya dunia dan akhirat. Rupa paras itu hanya bonus semata-mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI