fbpx

Perang Iran-Israel: Malaysia adakan mesyuarat khas petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkar ke-55 dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di IDCC, Shah Alam. - Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Malaysia akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu ketegangan yang memuncak di Asia Barat susulan peperangan antara Iran dan Israel.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, serangan ke atas kedutaan Iran itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Jelas beliau, pelanggaran kebiasaannya akan mengundang kepada sesuatu tindak balas.

“Jadi, saya akan mengadakan mesyuarat khas jam 6 petang ini dengan berbincang dengan beberapa menteri.

“Ia bertujuan merangka beberapa langkah segera yang patut diambil untuk meredakan keadaan termasuk penghantaran pulang rakyat Malaysia di negara itu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Antarabangsa Dr. Ambedkar kelima dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, petang ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Iran melancarkan lebih 200 dron kamikaze, peluru berpandu kruz dan balistik ke arah Israel manakala serangan masih ‘berterusan’, kata seorang jurucakap tentera Israel pagi tadi.

“Rejim di Iran ‘menghantar’ kumpulan terdiri daripada lebih 200 dron pembunuh, misil kruz dan misil balistik,” kata Laksamana Muda Daniel Hagari dalam satu kenyataan..

Mengulas lanjut, tambah Anwar, Malaysia menuntut peringkat antarabangsa supaya dapat menjamin penyelesaian dan kedamaian di Timur Tengah.

“Ini kerana apa yang berlaku di sana akan menjejaskan keamanan dan ekonomi dunia,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI