fbpx

Peniaga agih air kepada pengguna terkandas sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Fatirah mengagihkan bungkusan air kepada salah seorang pengguna jalan raya yang tersangkut dalam kesesakan jalan raya di Jalan Kota Bahru - Kuala Terengganu berhampiran Chalok, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang peniaga yang prihatin bermurah hati mengagihkan lebih 100 bungkus air secara percuma kepada pengguna jalan raya yang terkandas dalam kesesakan di Jalan Kota Bahru – Kuala Terengganu berhampiran Chalok di sini hari ini.

Nor Fatirah Abdullah, 28, yang membuka gerai menjual air di tepi jalan itu berkata, pemberian tersebut sebagai membantu pengguna jalan raya terbabit yang tersangkut dalam kesesakan di lokasi terbabit selama beberapa jam.

“Kesesakan jalan raya selama berjam-jam sewaktu musim cuti Aidilfitri perkara biasa di Jalan Kota Bahru – Kuala Terengganu ini dan saya juga pernah mengalaminya.

“Tidak banyak kedai makan dibuka pada musim perayaan ini. Harap pemberian bungkusan air ini dapat mengurangkan sedikit dahaga mereka selama berada kenderaan masing-masing,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Chalok di sini hari ini.

Nor Fatirah berkata, dia kasihan dengan pengguna terbabit terutama kanak-kanak yang terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya dalam keadaan cuaca panas.

Dia berkata, antara bungkusan air yang diagihnya ialah teh ais, bandung, keladi dan botol air mineral. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI