fbpx

Pengawal peribadi Ustazah Farah Cie parah ditembak di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar dimuat naik orang awam menunjukkan situasi cemas di KLIA, Sepang sejurus tembakan dilepaskan.

SEPANG – Pengawal peribadi Ustazah Farah Cie cedera parah selepas ditembak suspek dalam kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pagi tadi.

Menurut hantaran di Facebook Farah Cie, beliau berkata, terdapat individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadinya di KLIA.

“Kecemasan. Ada individu telah melepaskan tembakan kepada pengawal peribadi saya di KLIA1. Allahuakhbar! Laporan polis telah dibuat. Kenyataan rasmi akan dibuat,” katanya menerusi hantaran tersebut sebentar tadi.

Di ruangan komen, Farah Cie meminta orang ramai supaya mendoakan pengawal peribadinya yang dalam keadaan kritikal.

“Polis sedang memburu (suspek), keadaan KLIA sedang dikawal ketat polis dan pengawal peribadi cedera sekarang berada di Hospital Cyberjaya. Doakan ya,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

 

BERITA LANJUT MENYUSUL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI