fbpx

Pengawal peribadi ditembak di KLIA ditidurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PDRM mengetatkan kawalan keselamatan di KLIA 1 berikutan insiden tembakan, di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan pengawal peribadi yang ditembak di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1, di sini awal pagi tadi, ditidurkan.

Mengesahkan perkara berkenaan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, mangsa kini kritikal berikutan terkena satu das tembakan pada jarak dekat sekitar tiga hingga empat meter.

“Saya dimaklumkan mangsa ditidurkan sejurus keadaan kembali stabil. Pembedahan selanjutnya akan dijalankan ke atas pengawal peribadi itu,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI