fbpx

Pembalasan Iran bermula, 200 dron, misil serang musuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LETUPAN menerangi langit Baitulmuqaddis ketika serangan Iran ke atas Israel hari ini. – AFP

TEL AVIV – Iran melancarkan lebih 200 dron kamikaze, peluru berpandu kruz dan balistik ke arah Israel manakala serangan masih ‘berterusan’, kata seorang jurucakap tentera Israel pagi tadi.

“Rejim di Iran ‘menghantar’ kumpulan terdiri daripada lebih 200 dron pembunuh, misil kruz dan misil balistik,” kata Laksamana Muda  Daniel Hagari dalam satu kenyataan.

Katanya, seorang budak perempuan cedera dalam serangan itu (setakat malam tadi).

Tentera Israel pula berkata dalam satu kenyataan berasingan bahawa berpuluh-puluh peluru berpandu permukaan ke permukaan telah dikenal pasti menghampiri wilayahnya dengan sebahagian besar dipintas sebelum memasuki Israel

Berpuluh-puluh jet tempur Israel digunakan untuk memusnahkan ‘semua ancaman dari udara’ yang menghampiri Israel, tambah kenyataan sama. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI