fbpx

Peluang Sze Fei-Izzuddin takluk Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SZE Fei (kanan) dan Izzuddin (tengah) mara ke final Kejohanan Badminton Asia hari ini.

KEJAYAAN Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani muncul wakil tunggal negara melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Asia 2024 hari ini kembali membuka peluang kepada gandingan No.19 dunia itu bergelar antara beregu terbaik dimiliki Malaysia.

Pasangan yang cukup popular dengan gelaran Din-Fei itu pernah melonjak menduduki ranking kesembilan dunia pada 2022 sebelum menjunam jatuh sehingga terpaksa berpisah seketika selamat empat bulan dan kembali bergandingan Mei tahun lalu.

Biarpun memegang status beregu keempat negara, namun ia tidak menghalang mereka untuk membenam bekas juara dunia yang juga pasangan terbaik Malaysia di ranking ke-5 dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 21-14, 21-18 pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China semalam.

Ia adalah final pertama Sze Fei-Izzuddin di pentas Kejohanan Badminton Asia, sekali gus berpeluang meleraikan penantian untuk mendakap kejuaraan sejak memenangi pertandingan berstatus Super 100 Abu Dhabi Masters 2023 pada Oktober lalu.

Menariknya, mereka juga selangkah sahaja lagi untuk menamatkan kemarau 17 tahun untuk menyaksikan wakil beregu lelaki negara menaiki podium juara kejohanan itu selepas Choong Tan Fook-Lee Wan Wah memenanginya pada 2006 dan 2007.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI