HULU SELANGOR – Lima sekeluarga berdepan detik cemas selepas kereta dipandu dinaiki terbabas ke dalam gaung dengan kedalaman 30 meter di Jalan Kuala Kubu Bharu, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, insiden kemalangan itu diterimanya sekitar pukul 9.41 pagi tadi.
Katanya, enam anggota lain-lain pangkat serta sebuah jentera keluaran Balai Bomba dan Penyelemat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati sebuah Proton Satria dinaiki lima sekeluarga telah terbabas sendiri dan jatuh ke dalam gaung berketinggian anggaran 30 meter.
“Lima orang mangsa terdiri daripada dua dewasa masing-masing 35 dan 32 tahun, manakala tiga kanak-kanak berusia lingkungan enam hingga 14 tahun.
“Kesemua mangsa hanya cedera ringan dan mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Kuala Kubu Bharu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Jelas beliau, anggota bertugas sedang sedang melakukan operasi penyelamatan. – KOSMO! ONLINE.