fbpx

Lelaki maut kereta terbabas di WCE

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan pemandu yang tersepit di KM 254 arah Selatan di WCE tengah hari tadi. - Foto IHSAN JBPM

TAIPING – Seorang pemandu lelaki maut setelah kereta jenis Proton Waja yang dipandunya terbabas di bahu jalan di Kilometer 254 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah Selatan hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden kemalangan itu kira-kira pukul 12.58 tengah hari.

“Setibanya jentera bersama enam orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Trong, mereka mendapati kenderaan kereta jenis Proton Waja telah terbabas di bahu jalan lebih raya itu.

“Didapati terdapat seorang lelaki berusia 25 tahun telah tersepit di bahagian pemandu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Komander Operasi telah mengarahkan anggota menggunakan peralatan alat penyelamatan bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang ada di tempat kejadian. Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI