JAKARTA – Seorang lelaki berusia 41 tahun mengayuh basikal untuk balik kampung sejauh hampir 700 kilometer sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, lapor portal berita Radarbekasi.id semalam.
Edik Mardapa mengayuh basikal dari rumahnya di Perum Bumi Citrea Lestari, Bekasi ke rumah ibu bapanya di Darah Kulon Progo, Jogjakarta.
Menurutnya, dia melakukan perjalanan selama empat hari sebelum tiba ke kampungnya.
“Ini kali keempat (mengayuh basikal balik ke kampung) sejak 2019,” kata Edik ketika ditemui di rumah ibu bapanya.
Edik memberitahu, dia mengayuh basikal hampir 700 kilometer dari Cikarang menyusuri Jalan Pantai Utara hingga Brebes.
Katanya, dia mengayuh basikal dari Cikarang pada 7 Mac lalu sebelum di rumah ibu bapanya pada 10 Mac 2024. – AGENSI