fbpx

Impian juara Olimpik hancur berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROJAS terpaksa melupakan pentas Olimpik Paris 2024 kerana kecederaan yang memerlukan dia menjalani pembedahan kelmarin. – AFP

LONDON – Impian pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Yulimar Rojas untuk mempertahankan kemenangan pada Paris 2024 lebur selepas ratu lompat kijang Venezuela itu disahkan mengalami kecederaan.

Pemegang rekod dunia bagi acara tersebut mendedahkan dia mengalami kecederaan tendon Achilles semasa latihan di Sepanyol sekali gus terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Olimpik Paris 2024 yang bermula Julai nanti.

Rojas, 28, yang baru selesai menjalani pembedahan di Madrid kelmarin me­ngakui, kecewa kerana impiannya untuk berada di temasya berprestij itu tidak kesampaian.

“Hati saya hancur dan saya ingin meminta maaf kerana tidak dapat mengambil bahagian di Paris 2024.

“Ini adalah masa sukar buat saya kerana tidak dapat bersaing pada temasya terbesar yang menghimpunkan atlet terbaik dunia,” katanya.

Rojas merangkul kejuaraan dunia keempat berturut-turut di Budapest, Hungary tahun lepas dan ia adalah persembahan yang tidak dapat dilupakannya apabila berjaya mencatat 15.08 meter (m) pada percubaan terakhir, memintas atlet Ukraine, Maryna Bekh-­Romanchuk untuk meraih ­pingat emas.

Rojas yang memegang rekod lompat kijang dunia dengan catatan 15.74m, tetap memberi sokongan penuh kepada rakan seperjuangannya untuk tampil cemerlang di Paris nanti.

“Saya mendoakan kejayaan besar kepada delegasi ­Venezuela di Paris 2024 dan terus cemerlang membawa kemenangan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI