PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri Semenanjung sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah, melibatkan Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Seterusnya, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) dan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.
Hujan lebat diramal di Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Johor (Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE