fbpx

Hadap 12 jam hanya dari Besut ke Setiu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Perjalanan yang hanya perlukan lebih kurang sejam bertukar menjadi 12 jam dek penangan orang ramai berpusu-pusu pulang ke ibu kota selepas bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri.

Seorang pengguna Facebook, Biamin Ahmad berkongsi hantaran mengenai pengalamannya meredah kesesakan trafik hampir 12 jam dari Besut ke Setiu, Terengganu.

Melihat peta di Google Maps, perjalanan itu hanya lebih kurang 50 kilometer (km) dan ia dianggarkan memakan masa hampir sejam untuk tiba ke Setiu.

Menurutnya, dia juga tidak sempat singgah beraya di mana-mana rumah dan hanya berhenti untuk mengisi minyak.

“Bagi ‘minum’ kereta (isi minyak) dan tengok kereta depan baru gerak 50 meter.

“Telefon trafik, katanya berbelas kemalangan berlaku di laluan dan lihat empat ambulans,” katanya di ruangan komen.

Jelasnya, dia menghala ke Besut untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah asrama di Kota Putra seterusnya menuju ke Batu Pahat, Johor.

Susulan hantaran itu, ramai juga terkejut dengan kesesakan terlampau di Terengganu.

“Teruknya, perjalanan biasa setengah jam saja,” kata Habsah Omar.

“Ni bukan perjalanan dah, ni menetap namanya,” seloroh Norsiati Zakaria.

“Kayuh basikal lagi cepat sampai tu,” komen Azhar Abdul Ghaffar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI