fbpx

Awas! Scammer menyamar Anuar Zain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUAR Zain meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tipu helah scammer yang berpura-pura menjadi dirinya.

PETALING JAYA – Nama ‘dijual’ scammer, penyanyi Anuar Zain menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak mudah terperdaya dengan pihak yang menyamar sebagai dirinya.

Katanya, individu terbabit didapati melakukan tipu helah menghubungi mangsa menerusi mesej dalam aplikasi Whatsapp bagi mendapatkan wang secara mudah.

Menurutnya, jika berdepan dengan situasi mencurigakan dalam media sosial atau aplikasi tertentu, perkara itu hendaklah dilaporkan segera kepada pihak berkuasa.

“Hati-hati dengan scammer yang muncul dengan pelbagai cara. Pastikan anda tidak terpedaya terutama yang membabitkan wang ringgit.

“Sekiranya terpedaya dengan scammer yang aktif menjalankan aktiviti, anda dinasihatkan terus membuat laporan polis, sekat dan lapor nombor tersebut,” tulisnya menerusi perkongsian di Instagram Story.

Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu turut berkongsi tangkap layar mesej yang memaparkan perbualan penjenayah siber terbabit dengan mangsa yang dikirimkan kepadanya.

Menerusi paparan perkongsian itu, penyamar menggunakan taktik memujuk mangsa konon mengenalinya sebagai peminat sebelum menukar strategi cubaan mendapatkan duit.

Penyanyi lagu Lelaki Ini itu tidak ketinggalan menzahirkan penghargaan buat mereka yang melaporkan kes penyamaran terbabit kepada pihak pengurusannya.

“Terima kasih kepada mereka yang cepat bertindak dengan menghubungi pihak pengurusan sebelum terus terpedaya dengan scammer

“Kami ingin menegaskan Anuar Zain tidak mempunyai akaun Facebook, Instagram, Telegram dan Twitter selain FB @anuarzainnetwork, IG @anuarzainnetwork @anuarzain70, Tik Tok @anuarzainnetwork dan Telegram https://t.me/anuarzainnetwork,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI