fbpx

Arsenal bimbang ‘ancaman’ Unai Emery

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARSENAL kini berada pada motivasi terbaik selepas berjaya mengikat Bayern 2-2 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara baru-baru ini. – AFP

LONDON – Sekalipun cukup mengagumi Unai Emery, namun pengurus Arsenal, Mikel Arteta kini tidak mempunyai banyak pilihan kecuali wajib mengatasi Aston Villa pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates malam ini.

Ia bakal menjadi tiga mata terpenting buat The Gunners yang sedang mengintai peluang untuk merakam kemenangan besar bagi memastikan kelebihan jaringan ke atas Liverpool yang kini turut mengumpul 71 mata di tempat kedua.

Bagaimanapun, Arteta me­ngakui emosi pemainnya begitu positif untuk menghadirkan kejayaan terutamanya selepas berjaya mengikat gergasi Jerman, Bayern Munich 2-2 pada suku akhir pertama Liga Juara-Juara baru-baru ini.

“Unai (Emery) mencipta impak besar khususnya dalam soal prestasi dan konsistensi. Sukar untuk dipercayai apa yang beliau lakukan di pentas Eropah dan saya begitu mengaguminya.

“Beliau melakukan tugasnya dengan baik di pelbagai negara. Tetapi ba­nyak perkara positif yang kami boleh ambil daripada perlawanan (menentang Bayern Munich) terutamanya cara untuk kami mengawal emosi.

“Saya fikir pasukan kami berjaya mengawalnya dengan cukup baik. Kami begitu teruja dengan apa yang kami lakukan dan sudah pasti kami mahu terus me­raih kemenangan lagi,” katanya.

Arsenal memecat Emery pada 2019 ketika usia kontrak pengurus itu bersama kelab ber­kenaan kurang satu setengah musim, namun beliau bangkit membina reputasinya bersama Villarreal sebelum kembali ke England dengan me­latih Villa.

Pada aksi ke 1,000 sebagai pengurus, Emery berjaya merekodkan kemenangan 2-1 ke atas Lille dalam saingan suku akhir pertama Liga Konferensi Europa kelmarin.

Sebagai rekod, The Gunners hanya memiliki kelebihan jari­ngan berbanding Liverpool dan hanya kemenangan mampu menekan pencabar itu yang kini ­sedang dipalit dengan isu prestasi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI