fbpx

[VIDEO] ‘Terima kasih abang, beri duit raya emas’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kongsian @hikalhlm di laman TikTok, semalam.

PETALING JAYA – Seorang wanita sebak setelah menerima duit raya berbentuk wafer emas seberat 0.2 gram daripada abangnya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Hantaran @hikalhlm atau Carl Halim di TikTok semalam membuatkan orang ramai berasa terharu, lebih-lebih lagi selepas melihat reaksi si adik yang menerima hadiah tersebut.

“Janganlah (beri), beri pada mak ayah sahaja. Saya tak mahu (wafer emas), beri pada mak ayah sahaja,” kata adiknya sebak.

Bagaimanapun, Carl tetap berkeras dan menegaskan bahawa rezeki tidak baik sekiranya ditolak.

Difahamkan, Carl turut memberikan wafer emas yang bernilai RM150 sekeping itu kepada kedua-dua ibu bapanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai menyuarakan rasa terharu dengan keakraban keluarga tersebut.

“Sebak tengok video ini. Saya ada abang tetapi tidak dapat duduk sekali kerana keluarga sudah bercerai,” kata Yana.

“Ini satu nikmat yang tidak akan pernah dirasai oleh kakak sulung perempuan,” kata Cha.

“Kenapalah keluarga aku tidak seindah orang lain,” kata Matt.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 96,100 tanda suka dan 733 komen. – KOSMO! ONLINE

@hikalhlm pagi syawal. #eid #eidmubarak #duitraya #emasraya #gold #hariraya #harirayaidulfitri #harirayaaidilfitri ♬ original sound – Carl Halim

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI