fbpx

[VIDEO] Daging dendeng ganti duit raya, seperti dapat emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar Park Komie memberikan daging dendeng Khairul Aming kepada ahli keluarganya.

PETALING JAYA – Sebuah keluarga kelihatan teruja menerima pek daging dendeng yang dijual pencipta kandungan terkenal, Khairul Aming.

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Park Komie raih perhatian ramai apabila memuat naik video memberi daging dendeng itu kepada setiap ahli keluarganya sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi video tular yang mendapat lebih 70,000 tontonan itu, ahli keluarga lelaki tersebut yang memakai baju berwarna merah bata kelihatan bersorak apabila menerima pek daging dendeng.

“Kita bagi barang ‘rare’ (sukar dijumpai) selain duit raya. Selamat Hari Raya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut Park Komie, setiap hari dia ‘bertempur’ di platform online untuk membeli daging dendeng Khairul Aming yang dikatakan barang sukar didapati oleh netizen.

“Hari-hari tunggu nak beli. Ni beli dah lama simpan buat stok raya,” balas seorang pengguna media sosial.

Selain terhibur dengan gelagat keluarga Park Komie, orang ramai turut kagum dengan kepantasan jarinya dalam ‘pertarungan’ membeli stok daging dendeng dalam jumlah yang banyak.

“Pertama kali tengok orang gembira sangat dapat makanan macam ni. Macam dapat jongkong emas ‘rare’ betul produk KA,” tulis Adda Adora.

“Memang ‘rare’ ni sebab payah dapat dan internet kena laju,” seloroh Fadzil Jahari.

“Bang kejap lagi saya datang beraya,” kata Cheqqa. – KOSMO! ONLINE.

@shahrulfahmyyyyy Kita bagi barang rare instead of duit raya 😝 Selamat Hari Raya Semua 🙏🏽✨@Khairulaming #khairulaming #dagingdendeng #sambalnyet #selamathariraya #2024 #shr ♬ Ketipak Ketipung Raya – Aisha Retno & Aziz Harun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI