fbpx

Tahun ini dimenangi hijau bukan oren bata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai lebih gemar memilih warna hijau berbanding warna oren bata, tahun ini. - Gambar janaan AI

PETALING JAYA – Orang ramai berpendapat warna baju raya tahun ini ‘dimenangi’ oleh warna hijau dan bukannya oren bata seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati, orang ramai juga lebih gemar memilih warna selain oren bata seperti hijau zamrud, hitam, merah manggis atau ungu muda untuk digayakan ketika Aidilfitri.

Menurut seorang pengguna TikTok, Mukhlis Azhar, dia sekeluarga memilih untuk mengenakan baju raya berwarna hijau zamrud tahun ini untuk mengelak daripada ‘tersama warna’ dengan keluarga lain.

“Masa saya pergi beli baju, semua tempat habis warna hijau. Mujur jumpa juga kedai yang jual warna ‘emerald green’ ini,” katanya.

Menurut Azie, dia pula tidak merancang untuk mengikuti mana-mana trend tahun ini dan memilih warna hijau mengikut keinginan ahli keluarga.

“Kalau saya, saya akan pakai warna yang kami sekeluarga tidak pernah pakai lagi. Kebetulan tahun ini warna hijau,” katanya.

Menurut @opahcomey pula, tahun ini, rata-rata hantaran di laman sosial menunjukkan saudara-mara serta sahabat handai kebanyakannya memilih warna hijau muda sempena Aidilfitri.

“Saya pakai warna hijau epal. Semasa saya ‘scroll’ TikTok pun, ramai pakai hijau, tak ada pun oren bata,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, ramalan warna ‘brick orange’ atau oren bata menjadi pilihan orang ramai untuk beraya tahun ini dilihat kurang mendapat sambutan.

Ini selepas tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, tidak ramai yang berkongsi gambar menggayakan pakaian bertemakan warna berkenaan pada Hari Raya Aidilfitri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI