Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat ayahanda, bonda, ahli keluarga serta sanak saudara di Terengganu.
Tidak lupa juga buat guru-guru, kenalan dan sahabat handai di tanah air
Daripada: Ku Ahmad Nabiel Ku Apwa
Lokasi: Kaherah, Mesir
Kami dari kejauhan ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat ayahanda dan bonda (Za’don & Rosnah) serta ahli keluarga yang kami sayangi, keluarga ZR keluarga Yusof, keluarga mentua serta sahabat-sahabat di Malaysia.
Daripada: Dayah dan Syuk
Lokasi: Liverpool, Britain
Buat mak, ayah dan keluarga di Taiping (Perak), tahun depan akan balik ke tanah air dan kita raya sama-sama okey.
Daripada: Afifah Faza
Lokasi: Debrecen, Hungary
SALAM Syawal dari perantauan buat ibu (Siti Markumah), anak-anak iaitu Mohd. Danial Ashraf, Diana Danelly, Diana Syafiyyah Danisha dan Damia Najiha.
Salam lebaran juga buat adik-beradik dan saudara-mara di Johor. Maaf kerana tidak dapat beraya bersama tahun ini.
Daripada: Noraziza Ab. Rashid
Lokasi: Pocheon-si, Korea Selatan