fbpx

Pelajar USAS rentung, kereta dipandu bapa terbabas, terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kereta yang terbakar dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Ulu Gali-Jelu di Raub tengah malam semalam.

RAUB – Seorang pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) rentung selepas kereta dinaiki terbabas sebelum terbakar di Jalan Ulu Gali-Jelu di sini tengah malam semalam.

Semasa kejadian, mangsa, Nurul Izati Yunus, 23, berada di kerusi penumpang hadapan kereta jenis Proton Saga SL yang dipandu bapanya berusia 66 tahun.

Kejadian menyayat hati itu menyaksikan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan gagal diselamatkan bapanya ekoran api marak dengan begitu cepat.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Mohd. Shahril Abdul Rahman berkata, kejadian pukul 12.45 tengah malam itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari kampungnya menuju ke Petaling Jaya, Selangor.

“Apabila tiba di tempat kejadian, pemandu kereta dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke kanan dan melanggar pokok hingga terbakar.

“Akibat kemalangan tersebut, penumpang hadapan yang terperangkap cuba ditarik keluar oleh bapanya, namun tidak sempat,” katanya di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat. Mangsa yang cedera pula menerima rawatan di hospital sama.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian pemandu kereta yang hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI