fbpx

Jika masih hidup, Cikgu Hafiz akan pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaiton bersama anaknya menunjukkan gambar Cikgu Hafiz ketika ditemui di rumah mereka di Kulim baru-baru ini.

KULIM – “Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak begitu meriah kerana kehilangan orang tersayang yang sering bersama kami.”

Itulah keluhan Mohamad Naquib Jasmi, adik kepada guru lelaki, Ustaz Mohd. Hafiz Jasmi, 38, yang hilang sejak November tahun lalu dan sehingga kini masih tiada khabar berita.

Katanya, kini sudah lima bulan misteri kehilangannya masih belum terjawab.

“Kami sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan kini hanya mengharap sekiranya masih hidup, suatu hari nanti abang kami akan pulang kepangkuan keluarga.

“Kehilangannya amat terasa tambahan pula umat islam akan menyambut hari raya Aidilfitri beberapa hari lagi,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sehingga kini keluarga masih tidak mengetahui keadaan Mohd. Hafiz yang lebih dikenali Cikgu Hafiz dan tiada perkembangan terbaru.

Ujarnya, ibunya Zaiton Othman, 64, juga sudah boleh mene­rima dan reda dengan ujian ini dan mereka sentiasa berdoa agar abangnya dalam keadaan baik dan sihat.

“Raya tahun ini memang agak sunyi sikit dari tahun sebelum­nya dan kenangan ketika sambut raya bersama abang amat sukar dilupakan.

“Kebiasaannya setiap kali sambutan hari raya kami sekeluarga saling bantu membantu untuk persiapan raya.

“Selain itu, keluarga kami biasanya apabila malam raya akan berkumpul beramai-ramai dan makan ketupat dengan rendang yang dimasak ibu. Cikgu Hafiz juga suka makan ketupat,” ujarnya.

Tambahnya, jika orang ramai mengetahui di mana abangnya itu berada diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Cikgu Hafiz dilaporkan hilang pada 8 November tahun lalu di kawasan peranginan Sungai Sedim dan kehilangannya menjadi misteri apabila hanya kereta Proton Saganya ditemui di situ.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Azizul Mohd. Khairi dilaporkan berkata, hasil maklumat seorang saksi di tempat kejadian mendapati

Cikgu Hafiz dipercayai sudah meninggalkan kawasan ber­kenaan pada hari dia dilaporkan hilang.

Katanya, terdapat seorang saksi melihat dengan jelas bahawa Cikgu Hafiz beredar dari tempat kejadian dengan menaiki sebuah kenderaan lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI