fbpx

K2

Isteri ‘mulut jahat’ diceraikan suami pagi raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAR diceraikan oleh suaminya disebabkan sikap suka melaga-lagakan keluarga mentua. – Gambar hiasan

SYAWAL merupakan hari yang paling dinanti-nanti oleh umat Islam selepas sebulan berpuasa menahan nafsu dan tingkah laku.

Syawal juga menjadi hari kemenangan dan kegembiraan, selain mengeratkan ukhuwah sesama insan.

Pun begitu, bagi Mar (bukan nama sebenar), Syawal menjadi bulan paling sedih dan tidak dapat dilupakannya saban tahun.

Berkongsi kisah, Mar yang merupakan ibu tunggal anak tiga memberitahu, kegembiraannya menyambut Syawal sudah tiada, lebih-lebih lagi selepas diceraikan suami beberapa tahun lalu pada pagi raya.

Akuinya, kesilapan lampau itu berpunca daripada dirinya sehingga membuatkan keluarga suaminya, Affan (bukan nama sebenar) berantakan dan membenci sesama sendiri.

“Suami mana yang tidak hilang sabar dengan sikap dan mulut jahat isterinya? Bukan setahun atau dua tahun dia bersabar, tetapi lebih lima tahun.

“Saya akui, saya memang wanita yang tidak baik untuk dijadikan isteri dan contoh kepada yang lain. Perangai saya yang teruk membuatkan suami hilang sabar dan akhirnya kami berpisah,” ujar wanita berusia 40 tahun itu.

Meneruskan cerita, bekas pekerja am di sebuah agensi kerajaan itu memberitahu, selepas kejadian tersebut (diceraikan), dia seakan-akan hilang arah dalam hidup.

Ujarnya, dia tidak pernah menyangka bahawa tingkah laku buruknya selama ini bakal berakhir sedemikian rupa.

“Saya akui, sebelum berkahwin dengan suami lagi, saya memang seorang yang mulut jahat dan suka melaga-lagakan orang lain.

“Perangai jijik itu saya bawa sehingga berumah tangga.

“Malah, adik-beradik suami pun saya laga-lagakan.

“Jauh dalam hati, saya tidak suka melihat orang lain dekat dan baik dengan suami saya termasuk ibu mentua serta adik-beradiknya.

“Jadi, ada sahaja helah yang saya cipta dan lakukan bagi melaga-lagakan mereka sekeluarga.

“Bila fikir-fikir balik, saya seakan-akan hilang pedoman dan bukan macam manusia normal pada ketika itu,” tuturnya.

Jelas Mar lagi, dia pernah membuatkan hubungan suami dengan ibu mentuanya hampir terputus angkara fitnah yang saja direkanya.

Katanya lagi, dia memang tidak senang duduk apabila melihat hubungan dan keakraban suami bersama insan lain termasuk ahli keluarga sendiri.

“Mungkin lama suami bertahan dengan perangai saya, namun sepatah pun dia tak cakap atau tegur.

“Saya tahu, sudah lama dia terseksa beristerikan wanita ‘neraka’ seperti saya ini. Namun, dia tetap sabar dan buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Sampailah pada pagi raya dua tahun lalu, saya diceraikan talak satu dengan sekali lafaz oleh suami di depan ibu dan ahli keluarga yang lain.

“Saya tersentak ketika itu. Saya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang keluar daripada mulut suami.

“Namun, saya sedar, itulah ‘hukuman’ yang harus diterima atas perbuatan buruk saya selama ini,” katanya.

Selepas beberapa tahun berlalu, Mar masih ‘diselimuti’ ‘ dosa dan khilaf terhadap bekas suami dan ahli keluarga mentuanya.

Daripada ada keluarga yang bahagia, senang dan harmoni di samping anak-anak tercinta, Mar terus bertukar sepi sebagai seorang janda.

Jelasnya, sejak peristiwa itu, Mar baru sedar erti bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik sebagai seorang pembimbing, namun dia telah mensia-siakannya.

Dia memaklumkan, rumah tangga dibina atas dasar kasih sayang itu hancur sekelip mata angkara ‘mulut jahat’ yang akhirnya memakan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI