fbpx

Econsave sumbang 30 tan tepung ke bumi Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ECONSAVE menyampaikan sumbangan bekalan makanan sebanyak 30 tan ke Gaza, Palestin.

JOHOR BAHRU – Pasaraya Econsave Cash and Carry (Econsave) menyampaikan sumbangan sebanyak 30 tan tepung ke bumi Gaza, Palestin yang masih berdepan serangan rejim Zionis Israel ketika ini.

Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, sumbangan bernilai RM90,000 termasuk kos pengangkutan itu ketika ini sedang berada di Rafah, sebelum dibawa masuk ke Palestin.

Menurut beliau, pihaknya berharap proses kemasukan bantuan itu akan dapat diselesaikan segera, selewat-lewatnya minggu ini.

“Bantuan yang disampaikan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 18,000 penduduk Gaza yang sedang berdepan kekurangan bekalan makanan ketika ini.

“Tepung dipilih kerana ia merupakan makanan ruji penduduk di sana, selain ia dapat tahan lebih lama dan mudah untuk disediakan,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Tambah Mas Imran, pihaknya akan terus menyampaikan bantuan kepada penduduk Gaza sebagai salah satu khidmat tanggungjawab sosial korporat pihaknya.

“Selain itu, kita turut komited membantu seramai mungkin golongan memerlukan, termasuk di dalam dan luar negara. Kita akan terus merancang pelbagai lagi bantuan sebaik mungkin.

“Selain Gaza, Econsave turut menyampaikan bantuan kepada masyarakat antarabangsa termasuklah di Indonesia, Syria dan lain-lain negara,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI