fbpx

Datuk bandar minta pasangan mandi bersama elak bazir air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG wanita memegang baldi dekat sebuah trak air di La Calera berhampiran Bogota, Rabu lalu. - Foto AFP

BOGOTA  – Pentadbiran Bogota meminta warga kota mandi bersama pasangan masing-masing ketika catuan air dilaksanakan di ibu negara Colombia berkenaan, kesan daripada fenomena cuaca El Nino, lapor portal berita Wion News semalam.

Datuk Bandar Bogota, Carlos Galan berkata, keadaan menjadi lebih buruk ketika musim kemarau di Colombia yang menyaksikan  paras beberapa takungan air susut.

“Mandi berpasangan. Ini adalah latihan pendidikan dalam menjimatkan air, Tidak ada cara lain. Perkara seperti ini akan banyak membantu kita (menghadapi catuan air),” katanya.

Catuan air itu terpaksa dilaksanakan kerana pihak berkuasa bandar raya itu mahu mengurangkan kesan buruk kemarau yang berpunca daripada El Nino.

Galan juga meminta penduduk mempertimbangkan untuk meninggalkan amalan kebersihan harian mereka sepenuhnya ketika takungan air berada di paras terendah dalam sejarah.

Beliau juga pernah meminta warga kota tidak mandi jika mereka tidak meninggalkan rumah pada hari Ahad atau mana-mana hari lain dalam seminggu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI