fbpx

Ambil masa 2 malam balik kampung sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALWI balik ke kampung halamannya dari Jakarta ke Temanggung selama dua malam dan satu hari. - Foto TikTok/Tribun Trends

JAKARTA – Seorang pemuda mengambil masa dua malam untuk pulang beraya dari Jakarta menuju kampung halamannya di Temanggung, wilayah Jawa Barat  yang memiliki jarak cuma 470 kilometer, lapor portal berita TribunJatim.com kelmarin.

Jarak tersebut kurang sedikit berbanding perjalanan antara Kuala Lumpur ke Kangar sejauh 485 kilometer, namun hanya mengambil masa kira-kira 4 jam dan 42 minit jika menaiki kereta.

Pemuda dikenali sebagai Alwi itu pulang ke kampungnya dengan  berdiri di tepi jalan untuk menumpang kenderaan lain bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri di Temanggung.

Sepanjang perjalanannya, dia membonceng 11 buah motosikal, menumpang lima buah lori dan menaiki tujuh pikap yang mengangkut pelbagai jenis barang.

“Untung sampai ke rumah masih hidup,” tulisnya di platform TikToknya yang menggunakan akaun @alwijo.bless

Dalam ruangan komen, ada netizen berkata bahawa mereka pernah melakukan perkara serupa untuk ‘balik kampung’ ketika bekerja di Jakarta. – AGENSI  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI