fbpx

Sebak, Abby Abadi akhirnya jumpa suami Marissa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DETIK syahdu ketika Aslam bersalaman dengan Abby pada 1 Syawal lalu.

PETALING JAYA – Bulan Syawal ternyata memberi 1,001 makna buat pelakon dan usahawan Abby Abadi apabila akhirnya dipertemukan dengan menantunya, Ahmad Aslam yang merupakan suami kepada anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.

Perkongsian yang memaparkan detik syahdu tersebut dimuat naik Abby, menyaksikan Marissa, 18, yang disambut ibu tirinya, Memey Suhaiza dan abangnya, Danish Hakim membawa Aslam bertemu dan bersalaman dengan Abby.

Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, dalam hantaran tersebut juga berkata, hari raya tahun ini merupakan peluang untuk semua pihak memperbaiki kesilapan lalu.

“Meraikan kemenangan Aidilfitri dengan mengajar diri kita bahawa setiap kesilapan memiliki ruang untuk diperbaiki.

“Setiap luka mempunyai kesempatan untuk diubati,” katanya.

Abby juga dilihat memeluk erat Marissa sebelum dia bersalaman dengan Aslam.

Perkongsian tersebut meraih ribuan komen, termasuk pujian yang terus mendoakan kebahagian keluarga mereka selepas melalui pelbagai dugaan sebelum ini.

“Ya Allah, besarnya hati Abby menjadi seorang pemaaf. Semoga ramai wanita dan ibu menjadi sekuat Abby.

“Sebak tonton video ini. Hanya Abby yang tahu perasaan sebenarnya, semoga terus kuat.

“Tumpang bahagia melihat hubungan keluarga ini semakin pulih, syukur,” komen netizen.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya iaitu Umisya Mazlan di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI