fbpx

Lelaki patah kaki, tulang rusuk diserang gajah liar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GERIK – Seorang lelaki parah selepas diserang gajah liar di kawasan semak berhampiran Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di Batu 11 di sini semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi kejadian untuk membuang air besar sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua ekor gajah liar.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan ia berlaku sekitar pukul 7 petang.

Katanya, akibat serangan haiwan itu, mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan tujuh tulang rusuk.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Gerik untuk rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, kawasan kejadian merupakan habitat gajah liar dan haiwan itu kerap berkeliaran di lokasi berkenaan.

Sehubungan itu katanya, pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut dinasihatkan agar tidak berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan hutan terutama pada waktu gelap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI