fbpx

Jimat kos minyak, pekerja UberEats tunggang kuda hantar makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor kuda dilihat menghantar UberEats di Sydney - TikTok/@jessielouiset

SYDNEY – Penduduk pinggir bandar Paddington terkejut apabila melihat seorang pekerja syarikat penghantaran makanan menunggang kuda untuk menghantar pesanan pelanggan, lapor akhbar New York Post.

Orang ramai yang terpegun, merakam gambar seorang lelaki berseragam UberEats menghantar makanan dengan menunggang seekor kuda hitam pada Rabu lalu.

Rakaman video gelagat pekerja tersebut dimuat naik di platform TikTok dan meraih lebih 800 tontonan setakat kelmarin.

“Tidak hairanlah pesanan saya sejuk kerana penghantar makanan hanya menggunakan satu kuasa kuda,” kata seorang netizen secara berseloroh.

“Nah, ini jawapannya kepada harga bahan api yang tidak masuk akal,” tambah seorang lagi netizen.

Uber sedang menyiasat kejadian itu selepas dimaklumkan mengenai video tersebut.Menurut Uber, membuat penghantaran dengan menunggang kuda adalah bercanggah dengan standard keselamatan dan polisi syarikat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI