PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ibu negara di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur dilaporkan perlahan susulan pertambahan kenderaan perantau yang kembali selepas bercuti Hari Raya Aidilfitri.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi perkongsian pada aplikasi X turut berkongsi beberapa gambar rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berhubung keadaan di lebuh raya tersebut.
“Aliran trafik perlahan dari Karak ke Bukit Tinggi serta Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak,” menurut perkongsian tersebut malam ini.
LLM turut menasihati pengguna supaya fokus kepada pemanduan selain memastikan jarak selamat kenderaan mereka dengan kenderaan di hadapan. – KOSMO! ONLINE