PETALING JAYA – Keterujaan seorang lelaki untuk melaram dengan baju Melayu jenama terkenal yang dibelinya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri menjadi igauan ngeri buatnya.
Ini kerana seluar baju Melayu tersebut ‘berbulu’ selepas didakwa terkena samping walaupun pakaian terbabit baru sekali dipakai.
Kejadian malang itu dikongsi oleh seorang pengguna di laman Instagram rizalhakimm_punyer.
“Dugaan hari pertama raya. Seluar baju Melayu berbulu gara-gara kena sampin jenama terkenal yang viral,”dakwa individu itu.
Berdasarkan gambar yang dikongsi di laman Instagram terbabit, beberapa helai seluar baju Melayu telah mengalami nasib sama akibat terkena samping.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna meninggalkan pelbagai reaksi terhadap kejadian tersebut.
“Brand (jenama) seperti Den wahab dan Omar Ali tetap ‘win’,”tulis mrs.fathanah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai ulya_mastura.
“Rasanya faktor jenis kain samping pun turut main peranan juga,”katanya.
Selain itu, ada juga pengguna yang berkongsi tips untuk menghilangkan bulu pada seluar tersebut.
“Guna pencukur, slow (perlahan) kat benang-benang itu. Pastikan jangan kasar mencukur dan permukaan rata. Kalau ganas sangat nanti kain koyak.
“Kalau terlalu tonyoh pun nanti cepat koyak. Kalau guna gunting slow-slow (perlahan-lahan) buat,”nasihatnya.-KOSMO! ONLINE