fbpx

[VIDEO] Lelaki letak tanda harga pada koleksi mainan curi tumpuan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video @yen_orochi di laman TikToknya, semalam.

PETALING JAYA – Gelagat seorang lelaki berjaya menarik perhatian netizen setelah bertindak meletakkan tanda harga pada koleksi mainan miliknya.

Menurut hantaran @yen_orochi di laman TikTok, dia terpaksa melakukan perkara demikian untuk mengelakkan kanak-kanak yang datang beraya merosakkan koleksi mainan yang telah dikumpulnya selama ini.

“Letak harga, bukan apa, kalau budak-budak datang nak beraya, kita letak harga siap-siap.

“Macam (mainan) yang ini kita letak harga RM1,600 yang ini pula RM1,700. Baru mak ayah dia goyang sikit,” katanya.

Menurut @yen_orochi, tanda harga tersebut boleh membuatkan ibu bapa lebih berhati-hati dan tidak akan membiarkan anak-anak mereka bermain sewenang-wenangnya.

“Barang kita hak kita. Datang beraya tangan jangan gatal,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai rata-ratanya bersetuju dengan tindakan lelaki terbabit.

“Betul tu, baik buat macam ini. Kita penat-penat beli tiba-tiba masa hari raya semuanya dah berkecai,” kata Boogeyman.

“Abang boleh letak kod QR sekali, senang nak buat pembayaran nanti,” kata seorang lagi pengguna.

“Letak sekali kamera dalam bilik tu bang, kalau ibu bapa tak nak bayar sekurang-kurangnya ada bukti,” kata Puteri.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 3,779 tanda suka dan 73,200 tontonan. – KOSMO! ONLINE

@yen_orochi datang beraya jangan tangan tu nak gatal. ##fyp #fyppppppppppppppppppppppp #yentoys #toyscollectors #gundambuilder #supersentai #gunplabuildersmalaysia #bandai ♬ original sound – Azreen Ismail

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI