fbpx

Laluan Gua Musang dijangka sibuk bermula esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (tiga dari kiri) menyerahkan cenderamata kepada pengguna jalan di laluan Gua Musang-Kuala Lipis, di Stesen Timbang Jabatan Pengangkutan Jalan, Tanah Putih, Gua Musang. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Laluan utama di daerah ini dijangka kembali sibuk dengan kenderaan perantau yang akan pulang ke ibu kota bermula esok.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, pihaknya sentiasa bersedia dalam melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan lalu lintas lancar.

Katanya, beliau berharap pengguna jalan raya dapat membuat persediaan awal dan merancang perjalanan mereka sebaik mungkin untuk pulang ke ibu kota.

“Pemandu juga perlu mendapatkan rehat yang cukup sebelum memulakan perjalanan dan tidak mengekori kenderaan terlalu rapat sehingga boleh menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Choon Foo memberitahu, sebanyak 49 laporan kemalangan kecil dan dua kemalangan maut direkodkan dalam tempoh empat hari menjelang Hari Raya Aidilfitri lalu.

Katanya, kebanyakan kemalangan berlaku apabila banyak kenderaan masuk ke Kelantan melalui pintu masuk Gua Musang dan pemandu terlibat mengekori kenderaan lain terlampau rapat sehingga menyebabkan perlanggaran berlaku pada bahagian belakang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI