fbpx

Hujan lebat, angin kencang di Johor, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di semenanjung, Sabah dan Sarawak, pagi ini.

Menurut kenyataan, tiada hujan dilaporkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Bagaimanapun, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Johor.

“Di Sabah, cuaca sama bakal melanda Sandakan.

“Sementara itu, di Sarawak, hujan lebat diramal berlaku di beberapa tempat di Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI