fbpx

Tiga maut nahas libatkan dua kenderaan di Kampar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAYAR kereta Naza Citra itu pecah yang membuatkan pemandu kenderaan itu gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke penghadang kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri yang bertentangan dengan laluan asal. - Foto Ihsan PDRM Perak

KAMPAR – Tiga lelaki maut dalam nahas melibatkan sebuah kereta Naza Citra dan sebuah lori jenis Isuzu di Kilometer (KM) 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Selatan pada pukul 1.37 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, nahas itu berlaku semasa kereta Naza Citra yang dinaiki lapan orang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur.

“Secara tiba-tiba tayar kenderaan itu pecah yang membuatkan pemandu kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke penghadang kiri jalan sebelum masuk semula ke lorong kiri.

“Kemudian sebuah lori jenis Isuzu datang dari arah belakang melanggar belakang kereta Naza Citra,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, impak pelanggaran itu menyebabkan tiga lelaki warga Bangladesh di dalam kenderaan Naza Citra meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Sementara itu, seorang lelaki warga Bangladesh turut mengalami kecederaan serius iaitu pendarahan dalaman di perut, luka teruk di kepala dan tangan kiri.

“Empat lagi lelaki warga Bangladesh yang terlibat dalam nahas itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI