PETALING JAYA – Ketika ramai di media sosial berdebat tentang tema hari raya sama ada oren bata, hijau atau pun warna pastel, tetapi usahawan dan pempengaruh, Syed Muhammad Syah Hasif memilih tema unik.
Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Syed Muhammad Syah 32, atau dikenali Prince Syed memilih tema Barbie bagi memberi kelainan.
Difahamkan, Syed Muhammad Syah telah membelanjakan kos kira-kira RM4,000 untuk empat pasang baju fesyen berkenaan.
“Pakaian raya yang semua orang nantikan dari kami, Barbie adalah tema raya kami untuk tahun 2024. Alhamdulilah, ‘simple’ je baju kami anak beranak kali ini.
Pada hantaran sama, dia turut memaklumkan telah mengeluarkan sebuah lagu raya berjudul ‘Tiber Raya’.
“Istimewa untuk semua followers (pengikut) kami, ini adalah hadiah buat semua iaitu lagu raya single pertama lagu raya dari kami berjudul ‘Tiber Raya’ untuk semua raya ini harap semua suka dan terhibur, tahun ini kami beraya di Gerik.
“Ini lah suasana kami apabila raya , bersama keluarga dan kawan-kawan baik kami , bila raya semua dapat berkumpul memang satu kenikmatan yang sukar nak digambarkan , dan paling best dan meriahhh raya di kampung,”tulisnya di TikTok.
Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mengecam fesyen yang digayakan pempengaruh itu kerana dakwa mereka ia tidak sesuai untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Fesyen apa ni, dunia akhir zaman macam-macam fesyen pelik digayakan, harap tidak jadi ikutan pada masa hadapan,”tulis @ayieshfr.
“Hormatilah Syawal, dahlah atas tanah perkuburan, nanti terkejut mereka yang tengah tidur,”kata @mie45.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai @ZekZ67.
“Dahlah musim panas, naik rimas tengok fesyen ini. Mula terbayang aiskrim paddle pop,”katanya.-KOSMO! ONLINE
@syed.fatin.jaeden.haifa Pakaian Raya yang semua orang nantikan dari kami , BARBIE adalah tema raya kami untuk 2024 ni , Alhamdulillah Simple jer baju kami anak beranak kalini , dan istimewa untuk semua followers kami , ini adalah hadiah buat semua iaitu lagu raya Single Pertama lagu raya dari kami berjudul “ TIBERR RAYA “ untuk semua raya ni , harap semua suka dan terhibur , tahun ni kami beraya di Gerik … ini lah suasana kami apabila raya , bersama keluarga dan kawan2 baik kami , bila raya semua dapat berkumpul memang satu kenikmatan yang sukar nak digambarkan , dan paling best dan meriahhh raya di kampung … Selamat Hari Raya Aidilfitri , mohon maaf jika sekiranya apa2 konten dari kami yang masing2 ada terasa atau berkecil hati , kami minta maaf ya … kita semua bukan insan yang sempurna dan sentiasa perbaiki kesilapan pada diri ini 🥰 terima kasih semua yang banyak support kami tau 🥰 @Fatinsyedjaedenhaifa1923 @Queen Syarifah Syah @Nazrul Hazric @Wanie Sidik✅ @Thalia_Rasul @Shahmi_Salimie ♬ original sound – Prince Syed Fatin Jaeden Haifa