fbpx

Sultan Nazrin berkenan ke majlis Hari Raya negeri Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Nazrin dan Tuanku Zara Salim berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada para penghuni pusat jagaan dan rumah anak-anak yatim dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Perak tahun 2024 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di Ipoh hari ini.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Perak tahun 2024 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Keberangkatan baginda diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco, kepimpinan dan pentadbiran negeri.

Majlis tersebut bermula pukul 1.45 petang dengan dihadiri kira-kira 20,000 orang, dan majlis dimeriahkan dengan pelbagai persembahan tradisional.

Sementara itu, Menteri Besar Perak ketika menyampaikan sembah ucapan sempena majlis berkata, sambutan yang diadakan membuktikan kemajmukan budaya, kaum dan agama rakyat Malaysia.

Beliau pada masa sama mengharapkan semua terus berusaha mempertahankan perpaduan kerana media sosial yang sepatutnya menjadi pelantar bagi menyebar nilai-nilai perpaduan kini dijadikan tempat memercik api kebencian.

“Inilah bahana andai kita semakin hilang deria rasa terhadap sensitiviti kaum dan agama. Sehinggakan isu atau perkara sensitif mula dipandang remeh dan mudah.

“Maka pada hari yang mulia ini, sama-samalah kita memasang tekad dan kesungguhan untuk membina kesatuan dan memelihara nilai-nilai perpaduan. Sesungguhnya keamanan yang dikecapi hari ini terlalu mahal harganya dan tiada galang ganti,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI